Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini, atas pertuduhan sengaja mencederakan jirannya dengan menggunakan sebatang kayu, 9 Jun lalu.<br /><br />Tertuduh, Koh Gee Doon, 64 tahun, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar.
